Deraf
Prospektus Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah dipaparkan di
laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mulai 29 April 2012. Prospektus
itu masih bertaraf “registrable” dan
hanya menjadi “registered” apabila
permohonan penyenaraian diluluskan. Penganalisi berspekulasi ia pasti lulus.
Ruang sudah tiada untuk Perdana Menteri bermain sorong-tarik.
Penyenaraian
bakal terjadi pada akhir bulan Jun ini setelah tertunda berkali-kali. Berdasarkan
maklumat di dalam prospektus, saham FGVHB, atas asas modal berbayar yang telah
dibesarkan, berjumlah 3.65 bilion unit
pada nilai tara RM1.00 se saham. Harga IPO tidak dinyatakan di dalam prospektus
tetapi sumber Reuter yang dipetik
oleh Malaysiakini bertarikh 30 April 2012 menyebut harga IPO ialah RM4.65 se
saham. Ini akan menghasilkan pungutan modal melebihi RM10 bilion bagi FGVHB. Butir
terpenci saham FGVHB adalah seperti dalam Jadual 1.
Jadual
1: Jumlah Saham FGVHB yang Diterbitkan
Jenis
Saham
|
Bilangan
Unit Saham
|
%
|
|
Tawaran untuk
Menjual Saham Sedia ada (“Offer Shares”)
|
1,208,890.900
|
33.0
|
|
Terbitan Awam
(“Issue Shares”)
|
980,000,000
|
27.0
|
|
Jumlah
Saham IPO
|
2,188,890,900
|
60.0
|
|
Saham di bawah
“Greenshoe Option”
|
109,445,000
|
3.0
|
|
Jumlah Terbitan
(termasuk Greenshoe Option)
|
2,298,335,900
|
63.0
|
|
“Saham
diketepikan untuk KPF” (Tidak diapongkan)
|
1,349,815,600
|
37.0
|
|
Jumlah
Besar
|
3,648,151,500
|
100.0
|
Dari kesemua
saham FGVHB (3.65 bilion unit), hanya 2.19 bilon unit atau 60% (“saham IPO”)
akan diapongkan, iaitu, dijual kepada
pelbagai pelabur yang terdiri daripada pelabur runcit (pelabur orang awam
Bumiputera dan bukan Bumiputera), peneroka Felda yang layak, kakitangan Felda
yang layak, pelabur institusi dalam dan luar negera dan pelabur Bumiputera
terpilih (yang berdaftar dengan MITI).
Saham yang bakal
dijual kepada para pelabur terdiri daripada saham sedia ada, iaitu, saham milik
Felda Badan Berkanaun (Felda BB) di dalam FGVHB sebagai balasan kepada
pelupusan 49% kepentingan Felda dalam Felda Holding Berhad (FHB) kepada FGVHB
berjumlah 1.21 bilion unit (33%). Felda akan menawarkan untuk menjual kesemua
saham ini kepada para pelabur. Selepas ini, ia tidak lagi memiliki apa-apa
kepentingan dalam FGVHB.
Selain dari itu,
FGVHB bakal menerbitkan saham baru (“saham terbitan”) berjumlah 980,000,000
unit (27%) untuk dijual kepada para pelabur. Ini bakal menjana RM4.6 bilion
untuk FGVHB, tidak cukup besar untuk ke arena perniagaan global.
Juga, FGVHB
memiliki opsyen untuk menjual saham tambahan (di bawah “Greenshoe Option”) berjumlah 109,445,000 unit (3%) lagi kalau
berlaku “oversubscription” atau untuk
menyetabilkan harga saham di pasaran.
Kalau opsyen ini dilaksanakan, jumlah saham bakal diapongkan berjumlah
2.3 bilion unit.
Sejumlah 1.35
bilion unit saham FGVHB tidak diapongkan di pasaran saham. Ia sekadar
“diketepikan” atau “diperuntukkan” kepada KPF kerana penyeneraian FGVHB “tidak
melibatkan KPF.” Walaupun KPF “tidak
terlibat” di dalam pengapongan ini, namun kepentingannya (51%) di dalam FHB
bersama-sama kepentingan Felda BB (49%) di dalam FHB, adalah harta yang menjadi asas kepada saham-saham
yang diterbit dan diapongkan. Harta inilah dinilai bagi menentukan harga seunit
saha FGVHB yang akan diapongkan.
Walaupun saham berjumlah
2.19 bilion unit yang bakal diapongkan, tetapi asset back-up merangkumi kesemua aset iaitu, 51% hak KPF dan 49% hak
Felda BB. Tiada pemecahan aset dilakukan.
Saham yang tidak
diapongkan berjumlah 1.35 bilion unit (37%) dan ini adalah hak KPF. Ia tidak
diapongkan kerana KPF “tidak terlibat” dalam penyenaraian dan KPF tidak memberi
kebenaran kepentingannya itu diapongkan di bursa saham. Bila pasaran sekondari
bermula nanti, yang akan dijualbeli hanyalah 2.19 bilion unit saham. Saham 1.35
bilion unit ini tidak tersenarai dan tiada dijualbeli di pasaran
sekondari.
Saham itu “diketepikan”
dan tidak dijual kepada para pelabur di bawah tawaran IPO. Ia akan dipindahkan kepada Felda Asset
Holding Company (FAHC) yang akan memegang dan mengurus saham ini secara mutlak
bagi pihak KPF. Perlantikan FAHC sebagai pemegang dan pengurus saham berkenaan
bagi pihak KFP diputuskan sendiri oleh Felda BB. Tiada resolusi berkaitannya
diluluskan oleh mana-mana mesyuarat KPF yang sah.
Jadual 2: Agihan Saham IPO
FGVHB
Kategori Pelabur
|
Jumlah Saham
|
Jumlah Nilai (RM Juta) @
RM4.65 se saham
|
%
|
|
1
|
Untuk Pelabur-Pelabur Runcit
|
|||
Kepada
Rakyat Malaysia (melalui pengundian)
|
||||
·
Bumiputera
|
36,481,500
|
169,638.975
|
1.0
|
|
·
Bukan-Bumiputera
|
36,481,500
|
169,638.975
|
1.0
|
|
Kepada
Peneroka dan Kakitangan Felda (Tanpa Pengundian – Borang Biru dan Borang
Merah Jambu)
|
||||
·
Peneroka
Felda
|
91,204,000
|
424,098,600
|
2.5
|
|
·
Kakitangan
Felda
|
109,444,000
|
508,914,600
|
3.0
|
|
Jumlah Kecil
|
273,611,000
|
1,272,291,150
|
7.5
|
|
2
|
Untuk Pelabur Institusi
|
|||
·
Pelabur
Bumiputera yang diluluskan MITI
|
419,537,000
|
1,950,847,050
|
11.5
|
|
·
Lain-Lain
Pelabur Institusi
|
1,495,742,900
|
6,955,204,485
|
41.0
|
|
Jumlah Kecil
|
1,915,279,900
|
8,906,051,535
|
52.0
|
|
Jumlah Besar
|
2,188,890.900
|
10,178,342,685
|
60.0
|
Bagaimanakah
saham IPO bakal diigihkan? Sebagaimana yang didedahkan di dalam prospektus,
saham IPO (terdiri dari saham sedia ada dan saham terbitan) yang bakal
diapongkan akan diagihan seperti dalam Jadual 2. Diperhatikan, pertama, saham yang mewakili kepentingan
Felda berjumlah 1.21 bilion unit (saham sedia ada - “offer for sale shares”) bakal diapongkan kesemuanya ditambah dengan
0.98 bilion unit saham terbitan baru
(“public issue shares”) menjadikan
jumlahnya 2.19 bilion unit.
Kedua, pegangan saham FGVHB apabila
IPO dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan
antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh
rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti.
Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI bakal menguasai 11.5%
dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi
akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. Oleh itu, kesan
mutakhir daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada
pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat
asing yang diangkat sebagai “rakan kongsi strategik” bakal berkongsi milik
tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.
Ketiga, tiada saham percuma untuk
peneroka Felda. Peneroka Felda diperuntukkan 91,204,000 unit saham (1%), bermakna, kalau
diagihkan sama rata kepada kesemua 112,635
orang peneroka, setiap peneroka akan mendapat 809.73 unit saham seorang (dibulatkan
kepada 1 lot atau 1,000 unit seorang). Pada harga IPO RM4.65 se saham, kosnya RM4,650
se lot. Dikira setakat membeli 1 atau dua lot, majoriti peneroka mampu
membeli secara tunai, tidak perlu pinjaman bank. Kalau diperuntukkan 10 atau 20
lot seorang, barulah berbaloi membuat pinjaman bank.
Kalau peneroka
diperuntukkan 10 lot seorang, maka jumlah keseluruhan menjadi 1,126,350,000
unit saham atau 51.4% dari seluruh saham yang diapongkan. Kalau seorang
peneroka diperuntukan 20 lot, maka jumlah keseluruhan menjadi 2,252,700,000,
sudah melebihi 100% jumlah saham yang diapongkan. Jadi, tidak logik peneroka bakal diberikan 10
hingga 20 lot seorang seperti mana yang diuar-uarkan selama ini. Kalau pun
diberikan, peneroka akan menjualnya (lebih-lebih lagi kalu berhutang dengan
bank) segera menyebabkan harta mereka terlepas buat selama-lamanya kepada orang
lain, majoritinya pelabur bukan peneroka dan pelabur asing yang memang
diharapkan masuk secara besar-besaran ke Burma Malaysia untuk memacu naik harga
saham FGVHB ini.
Jelas tiada
durian runtuh untuk peneroka dalam bentuk saham. Hatta, kalau diberi satu lot
pun, peneroka kena bayar. Pada analisis mutakhirnya, berapa banyak pun saham
yang bakal dimiliki peneroka, ia pasti dijual dalam jangka pendek apatah lagi
kalau pembelian dibiayai bank. Yang bakal meraih untung besar ialah “pelabur
Bumiputera terpilih” (di bawah MITI) yang umum maklum majoritinya adalah kroni
pemerintah dan penama-penama yang mewakili sebuah parti politik.
Mungkin peneroka
bakal dibayar durian runtuh tunai. Sumbernya dari Felda yang bakal memperoleh
RM5.62 bilion tunai. Kalau peneroka diberikan RM10,000 seorang, jumlahnya
RM1.13 bilion. Ini tidak berbalau kerana nilai tanah Felda Plantation Sdn. Bhd.
sudah jauh lebih besar. Kalau diagihkan kesemua RM5.62 bilion itu, peneroka
bakal mendapat RM50,000 seorang. Kurang dari RM50,000 seorang bukan durian
runtuh namanya. Kebenarannya ialah, Felda tidak mungkin membayar jumlah ini.
Penyenaraian
FGVHB tidak lebih dari eksersais memindahkan harta yang selama ini berada di
bawah Felda Badan Berkanun kepada pelabur institusi (awam dan swasta) dan pelabur
asing swasta dan di dalam proses ini, segolongan pelabur bernama “Pelabur
Bumiputera Terpilih” dan pemain judi di pasaran saham – bukan peneroka -
menikmat manfaat terbesar. Felda BB dan KPF dimandulkan. Jadilah peneroka
“menang sorak kampong tergadai.”
jumlah
ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh
kepada setiap keluarga peneroka. Baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96
bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun.
Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan 2 tahun. Selepas
itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB.
Harta
yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah
milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan
peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang
sudah sedia kaya. Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka. Oleh itu, wang
yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada
durian runtuh sebenarnya. Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan
sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima
wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri.
Siapakah
yang sebenarnya mendapat untung besar dari pengapongan saham FGVHB?
Pada
awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang
dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan
kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun
sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum
diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal
menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB
ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran
nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham
yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka
berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa
ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk
belakang.
Pelabur
Bumiputera yang diluluskan MITI, majoritinya kroni pemerintah dan penama UMNO,
bakal mengaut untung besar. Golongan
pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan.
Mereka, sebagai satu kumpulan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050
(pada harga RM4.65 se saham). Jika harga naik ke RM5.85 se saham (+RM1.20),
mereka sudah mendapat untung RM503 juta.
Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 se saham), golongan pelabur Bumiputera
terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil. Pembiayaan tidak menjadi masalah kepada
mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi
masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan
lain-lain sudah sedia untuk membeli dari mereka. Inilah dana PRU13 untuk UMNO.
Bila
saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang
dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual
beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka
ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang
untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi
makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai,
sudah sedia untuk digenggam.
Rembau,
NS
Selasa, 8 Mei
2012
Manakah Felda Dapat
wang
No comments:
Post a Comment