Akhbar
media baru, Malaysiakini hari ini
(Rabu, 25 April 2012) melaporkan Pengerusi Felda sebagai berkata bahawa FGVHB
bakal di senaraikan Jun ini tanpa penglibatan KPF bagi mengambil manfaat
maksimum dari harga komoditi yang
memuncak sekarang. Selepas bulan Jun,
harga komoditi dijangka menurun dan dikhuatiri harga saham syarikat berasaskan
komoditi seperti FGVHB, akan turut jatuh. Juga dilaporkan pengumuman Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri Malaysia akan
mengumumkan durian runtuh kepada peneroka dalam satu program di Felda Jengka 8
pada 8 Mei ini. Durian runtuh itu akan
dibayar dalam bentuk tunai dan saham – mungkin tunai sebelum penyenaraian dan
saham selepas penyenaraian.
Tiada
keraguan peneroka pasti mendapat durian runtuh kerana Perdana Menteri telah
menjanjikan demikian. Seluruh Malaysia malah seluruh dunia sudah tahu. Tidak
boleh beliau “flip-flop” lagi. Kalau tidak ditunai, ia pasti akan membawa padah
buruk kepada Perdana Menteri. Ingat, undi warga Felda adalah simpanan tetap
UMNO.
Soalnya:
Berapa banyakkah durian runtuh itu? Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa durian
runtuh yang bakal diterima peneroka “bukan kecil tetapi besar dan dibayar bukan
sekali tetapi dua kali.” Malah Perdana
Menteri pernah berkata bahawa “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya
durian runtuh itu.” Bloger-bloger
pro-UMNO meramalkan antara RM10,000 ke RM50,000.
Sumber
terpercaya memberitahu saham FGVHB bakal diagihkan seperti Jadual 1:
Jadual 1: Agihan
Terbitan Primari Saham FGVHB
|
Pemegang Saham
|
Selepas Terbitan Awam (IPO),
Tawaran untuk Jualan (OFS) oleh Felda tetapi tidak termasuk Tawaran Greenshoe
Option oleh IHC
|
||
|
|
Unit Saham (j.)
|
Nilai Saham @RM5.85 se unit
(RM b.)
|
%
|
1
|
Felda
|
0
|
0
|
0
|
2
|
IHC (Memegang
bagi pihak KPF dan ASF)
|
1,265
|
7.4
|
37.0
|
3
|
Kerajaan-Kerajaan
Negeri
|
513
|
3.0
|
15.0
|
4
|
Rakan Kongsi
Strategik
|
684
|
4.0
|
20.0
|
5
|
Pekerja (Pink
Form)
|
86
|
0.5
|
2.5
|
6
|
Pelabur Runcit
(pengundian)
|
68
|
0.4
|
2.0
|
7
|
Pelabur
Bumiputera (MITI)
|
393
|
2.3
|
11.5
|
8
|
Pelabur
Institusi Lain
|
411
|
2.4
|
12.0
|
|
Jumlah
|
3,420
|
20.0
|
100.0
|
Dari jadual 1 di atas perkara
berikut boleh diperhatikan:
1.
Felda melupuskan segala
kepentingannya di dalam FGVHB.
Sebagai balasan, Felda mendapat bayaran sekali sahaja (one-off payment) berjumlah RM10
bilion terdiri dari RM2.4 bilion
(bayaran pelupusan kepentingannya dalam FHB kepada FGVHB dan RM7.6 bilion (penjualan sahamnya dalam
FGVHB sebanyak 1.3 bilion unit pada
harga RM5.85 se saham). Tinggallah Felda sebagai badan berkanun tanpa sebarang
perniagaan kecuali – mungkin – menguruskan tanah peneroka sahaja. Jumlah ini hanya mampu menampung 5 tahun
perbelanjaan Felda (purata RM2 bilion setahun) pada saiz Felda yang ada
sekarang. Itu pun sekiranya wang itu tidak digunakan untuk maksud-maksud lain. Selepas
ini, kalau Felda mahu terus wujud, ia perlu disuntik dengan wang pembayar
cukai.
2.
Dua bakal pemegang saham
terbesar FGVHB ialah IHC dan rakan kongsi strategik, masing-masing memegang 37%
dan 20% saham FGVHB dengan jumlah kawalan majoriti sebanyak 57%. Saham 37% itu adalah balasan
bagi pelupusan 51% harta KPF di dalam
FHB. IHC memegang saham berkenaan
kononnya bagi pihak KPF dan Amanah Saham Felda (ASF) yang bakal ditubuhkan
supaya “saham itu tidak tergadai.” Sebagai balasan, IHC bakal “membayar” KFF dan
ASF dengan redeemable preference shares
(RPS) yang tidak membawa kuasa mengundi. Maknanya, kuasa menguruskan saham
itu diberikan kepada IHC secara mutlak.
Kecuali saham itu dijual, KPF tidak mendapat apa-apa “capital gain” dari penyenaraian FGVHB.
Apabila FGVH mengeluarkan dividen nanti, KPF akan mendapat 37% dari jumlahnya
ditolak fi perkhidmatan dan lain-lain caj oleh IHC. Saham milik KPF, kalau
diagihkan kepada 209,913 ahli KPF,
maka pada puratanya, setiap orang bakal mendapat 6,026 unit saham se orang
(kira-kira 6 lot). Ini hanya milikan atas kertas yang tidak boleh dijual,
bermakna ahli koperasi tidak mendapat apa-apa keuntungan pun daripada
penyenaraian.
3.
Pekerja Felda sebagai satu
kumpulan, melalui borang merah jambu bakal diperuntukkan 86 juta saham (2.5%), bermakna, secara purata,
setiap pekerja berpeluang membeli 3,440 unit saham atau lebih kurang 3 lot
(jumlah pekerja Felda berjumlah 25,000). Pada harga terbitan RM5.85 se saham,
pekerja perlu menyediakan RM20,124 seorang (jumlah: RM0.5 bilion) untuk membeli saham ini.
Tentunya pinjaman bank akan disediakan tetapi bila membeli saham dengan
pinjaman, kemungkinan untuk menjual saham dengan segera amat tinggi kerana
peminjam ingin mengurangkan beban hutang. Boleh dijangkakan saham ini akan dijual
di pasaran sekondari. Jika selepas disenarai, saham ini boleh dijual pada harga
RM8.00 se saham, pekerja Felda akan mendapat keuntungan (lepas tolak hutang
bank) sekitar RM200 juta, atau RM8,000 se orang.
4.
Tiada peruntukan melalui borang
merah jambu kepada peneroka.
Kalau peneroka berminat untuk membeli saham FGVHB, mereka kenalah bertanding
dengan orang ramai. Kerana saham yang diperuntukan kepada pelabur runcit amat
kecil (68 juta unit atau 2%), peluang untuk mendapat saham amat tipis. Kalau
bernasib baik, pembeli runtik akan dapat sekadar satu lot (1,000 unit saham).
5.
Saham yang diperuntukkan khusus
kepada Bumiputera (melalui MITI) agak besar – 393 juta unit atau 11.5%. Hatta, kalau saham ini kesemuanya
diagihkan kepada peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu, setiap seorang,
pada puratanya, akan mendapat 3,489 unit saham (hampir 4 lot). Kecuali
diagihkan secara percuma, tidak ramai peneroka yang mampu membeli sampai 4 lot
kerana kosnys ialah RM23,400. Tetapi
sumber terpercaya memberitahu saham ini bakal diperuntukkan kepada “sekumpulan
pelabur terpilih” (bukan peneroka) yang besar kemungkinan terdiri daripada
penama-penama yang mewakili sebuah parti politik yang pinjaman banknya telah
disediakan untuk mereka. Pada harga RM5.85 se saham, pembelian saham ini
melibatkan kos RM2.3 bilion. Kalau selepas penyenaraian, saham ini boleh dijual
pada harga, misalnya, RM8.00 se saham, ialah menghasilkan keuntungan kasar
hampir RM850 juta. Oleh yang demikian, yang bakal mengaut
keuntungan besar dan segera dari penyenaraian FGVHB ialah “sekumpulan pelabur
terpilih” ini. Ini untuk belanja PRU13.
6.
Pelabur institusi bakal
menguasai saham FGVHB bila disenaraikan. Sebagai satu kumpulan, kerajaan-kerajaan negeri
(15%), IHC (37%), pelabur-pelabur institusi yang lain (12%) dan rakan kongsi
strategik (20%), mengawal 84% dari jumlah saham. Pelabur-pelabur ini sedia membolot
saham-saham yang bakal dijual pelabur peruncit.
7.
Wang yang masuk ke akaun FGVHB
dari penyenaraian berjumlah RM4.4 bilion dan kalau ditolak hutang bank sebanyak
RM2.4 bilion (digunakan untuk membuat bayaran prapenyenaraian kepada Felda),
tinggallah RM2 bilion sahaja.
Inilah yang akan digunakan untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya ke
peringkat global. Jumlah ini dikira kecil. (Nota: RM2.4 bilion dipinjam dari bank untuk membayar Felda apabila Felda
melupuskan kepentingan dalam FHB). Oleh yang demikian, tujuan utama
penyenaraian FGVHB bukanlah untuk menjana dana bagi mengembangkan perniagaan.
Agihan di atas
adalah pada peringkat terbitan primari (primary
issues). Tentunya bila perdagangan
bermula (pasaran sekondari), saham FGVHB akan bertukar tangan – ada yang
menjual dan ada yang membeli dan ada pula yang
tidak menjual mungkin menunggu harga naik ke paras cukup tinggi baru
hendak dijual. Pendeknya, bila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh memilik
sekeping kertas bernama saham itu. Sudah
tidak ada jaminan bahawa harta peneroka akan kekal di dalam tangan mereka.
Pelabur bukan dari kalangan peneroka boleh menguasai kepentingan di FGVHB.
Adalah diyakini
bahawa wang sejumlah RM2.4 bilion bakal diperolehi Felda sebelum penyenaraian
adalah untuk membayar durian runtuh kepada peneroka. Kalau wang ini dihabiskan,
peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu bakal menerima RM21,307.76
seorang. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri “tidak terbayang
oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.” Ada kemungkinan peneroka akan dibayar jumlah
ini kerana “undi mereka telah menjadi mahal” kerana ianya amat diperlukan oleh
UMNO-BN yang sudah terlalu tersepit (desparate)
untuk mempertahankan kuasa.
Dimanakah Felda
akan mendapatkan saham FGVHB untuk diagihkan kepada peneroka? Sumber terpercaya
memberitahu, FGVHB memiliki opsyen untuk menerbitkan 100 juta unit saham lagi
kepada IHC di bawah “greenshoe option”
(kebenaran menerbitkan lebih saham dari jumlah asal). Ini bermakna setiap
peneroka akan diperuntukkan 8,878 unit saham (kira-kira 9 lot). Ini melibatkan
kos RM51,936. Dirasakan tidak ramai peneroka yang mampu walaupun pinjaman bank
disediakan. Sepatutnya, saham itu diagihkan percuma kepada setiap peneroka
kalaulah sebeanrnya ia durian runtuh. Kalau peneroka kena bayar, itu bukan
durian runtuh.
Jelas, FGVHB
disenaraikan dan mesti disenaraikan dalam bulan Jun ini juga kerana UMNO
memerlukan dana segera untuk membeli undi warga Felda dalam PRU13 yang telah
terlalu hampir.
Rembau,
NS
Rabu, 25 April
2012
Agihan Saham
1 comment:
Casino Bonus Review 2021 : Bonuses, Payouts and Withdrawal Options
Casino Bonus 젖탱 Details 토토 사이트 코드 — Casino Bonus Terms: Players may 식스 먹튀 first claim a Bonus using the casino deposit 가입 머니 주는 사이트 bonus and they will be rewarded with a 벳 3
Post a Comment