Thursday, March 15, 2012

Pelaburan Felda di Amerika Utara Rugi RM28 Juta



 
Menepati janji yang beliau buat di parlimen minggu lepas (19 Mac 2012), YB Sallehuddin Ayub mengadakan sidang akhbar pada hari Isnin, 26 Mac 2012, mendedahkan prestasi anak-anak syarikat luar negara Felda. Beliau memberitahu pendedahan dibuat secara bersiri dan di dalam siri pertama didedahkan prestasi pelaburan Felda di Amerika Utara.

Analisis dibuat berdasarkan penyata kewangan terodit  syarikat Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Juruoditnya ialah firma odit antarabangsa bereputasi tinggi, Tetuan Pricewaterhousecoopers. Jadi, kesahihan maklumat tidak diragui.

Syarikat  FGVNA ditubuhkan di Malaysia dan fungsinya ialah untuk menjaga pelaburan Felda di Amerika Utara. Semua syarikat-syarikat di sana diletakkan di bawah miliknya (Jadual 1). Ada 8 syarikat kesemuanya dan yang utamanya ada dua, Twin Rivers Technologies Holdings Inc. (TRTH) dan Felda Golobal Ventures North America US, LLC (FGVNA LLC).

Tercatat dalam laporan audit, dua orang pengarah syarikat FGVNA ialah Dato’ Dzulkifli bin Abdul Wahab dan Dato’ Sabri Ahmad (dilantik pada 15 Julai 2010 menggantikan Dato’ Mohd. Bakke Bin Salleh). 

Dilaporkan FGVNA membeli 80,000 unit saham biasa syarikat TRTH pada kos RM125, 400,000, iaitu, RM1,567.50 se saham pada 15 Disember 2010, menjadikan ia pemilik 97% syarikat itu. Pembelian dibayar dengan menukarkan pinjaman tetap yang telah diberikan oleh FGVNA kepada TRTH (lebih awal). Memandangkan TRTH adalah syarikat yang relatif baru (ditubuhkan pada tahun 1994) dan bukan di kalangan syarikat oleokimia terkemuka, harga yang dibayar Felda nampak terlalu tinggi.

Pada 31 Disember 2010, modal berbayar FGVNA ialah RM50,000,000 (saham biasa, boleh mengundi) sementera modal dalam bentuk terbitan saham keutamaan (tiada kuasa mengundi) berjumlah RM1,222,596,900. FGVNA tidak mengistiharkan dividen dalam tahu 2009 dan tidak juga dalam tahun 2010 kerana ia menanggung kerugian RM27,576,023 (berbanding keuntungan RM44,832,558 pada tahun berakhir 31 Disember 2009).

Jadual 1: Rangkaian anak Syarikat FGVNA


Nama Anak Syarikat
Negara Diperbadankan
Miliki Efektif FGVNA
Kegiatan Utama
1.0
Twin Rrivers Technologies Holdings, Inc (TRTH)
Amerika Syarikat (AS)
97%
Pegangan pelaburan
Anak-anak Syarikat TRTH
1.1
Twin Rivers Technologies US, Inc
AS
97%
Pegangan pelaburan
1.2
Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise
Kanada
97%
Pegangan Pelaburan
Anak-anak syarikat Twin Rivers Technologies US, Inc
1.1.1
Twin Rivers Technologies Quincy LLC
AS
97%
Membeli, memproses dan membekalkan  lemak asid
1.1.2
Twin Rivers Technologies Manufacturing Corporation
AS
97%
Pengeluaran dan pengagihan lemak asid
Anak-anak Syarikat Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise
1.2.1
Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise De Spplier Trnasformation De Graines Oleageneuses Du Quebec Ulc
Kanada
97%
Pengimport dan pengilang pelbagai bijirin minyak dan pengeksport minyak makanan yang ditapis
Anak Syarikat Twin Rivers Technologies Manufacturing Corporation
1.1.2.1
Fore River Transportation Corporation
AS
97%
Operasi, pengurusan, penyelenggaraan landasan dan perkhidmatan keretapi dari kilang di Quincy, Massachusets, ke landasan keretapi utama di Braintree, Massachusets
2
Felda Global Ventures North America US, LLC
AS
100%
Pegangan pelaburan

Setakat 31 Disember 2010, FGVNA telah menyuntik dana berjumlah RM1,255,263,942 ke dalam anak-anak syarikatnya terdiri dari pelaburan berjumlah RM436,200,110, pinjaman (RM595,391,823) dan lain-lain pelaburan (RM223,671,973).

Dana sebesar RM 436,200,110 dilabur di dalam anak-anak syarikat dalam Jadual 1.

Butir-butir pinjaman yang diberikan oleh FGVNA kepada anak-anak syarikatnya adalah seperti berikut (Jadual 2):

Jadual 2: Butir Pinjaman kepada Anak-anak Syarikat pada tahun berakhir 31 Disember 2010


Jenis Pinjaman
Peminjam
Jumlah (RM)
Tujuan dan Terms
1
Pinjamanan Berjangka (Terma Loan) Tranche A
TRT ETGO, Kanada
146,736,116
Pembiayaan semula pinjaman pembinaan (construction loan) dan modal kerja. Sekuriti: Semua hartanah TRT ETGO dan jaminan oleh TRT ETGO. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik suku tahunan bermula pada Mac 2011.
2
Pinjamanan Berjangka (Terma Loan) Tranche B
TRT ETGO, Kanada
49,398.400
Modal kerja. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik suku tahunan bermula pada Mac 2012. Tiada sekuriti
3
Pinjaman taraf rendah (subordinated loan)
TRT ETGO, Kanada
213,030,600
Pembiayaan semula pinjaman pembinaan dan modal kerja am. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik penoh pada Disember 2015. Tiada sekuriti.
4
Pinjaman Kredit Berterusan (revolving credit)
TRT ETGO, Kanada
46,311,000
Pimbiayaan modal kerja. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik penoh pada Disember 2015. Tiada sekuriti.
5
Pinjamanan Berjangka (Terma Loan)
FGVNA, US LLC
58,453,881
Membiayai semula pinjaman berjangka dan pinjaman bertaraf rendah yang sedia ada dan modal kerja TRT US. Kadar faedah 5% setahun. Pinjaman berjangka dibayar balik secara suku tahunan bermula  pada Mac 2011 dan pinjaman taraf rendah dibayar penoh pada Disember 2015. Tiada sekuriti.
6
Pinjaman taraf rendah (subordinated loan)
FGVNA, US LLC
139,464,600

Jumlah

653,393,597


Pembayaran Balik

58,001,774
Masih tertonggak. Telah ditukar menjadi “Pinjaman kepada anak syarikat.”

Jumlah selepas Pembayaran Balik

595,391,823


Kecuali pinjaman berjangka Tranche A yang bercagaran (secured), yang lainnya tidak bercagaran (unsecured), mendedahkan Felda kepada “default risk.”

Lain-lain pelaburan merupakan suntikan modal dalam bentuk saham keutamaan boleh tebus (redeemable preference shares) dipegang oleh FGVNA dalam anak syarikatnya di Kanada, iaitu, Twin Rivers Technologies Holding Enterprise De Trnsformation De Graines Oleagineuses Du Quebec Ulc.   

Default” sudah berlaku. Pada 31 Disember 2010, anak-anak syarikat di Amerika Utara belum lagi membayar balik hutang yang sepatutnya dibayar berjumlah RM58,001,774 dan jumlah ini telah ditukar menjadi pinjaman. Juga, pembayaran balik hutang berjumlah RM48,173,488 kepada FGVNA telah tertonggak dan direkod di dalam penyata kewangan sebagai “amount due from subsidiaries”.  Yang telah tertunggak melebihi 1 tahun berjumlah RM12,678,871 (26%).

Felda telah melabur dana sebesar RM1,255,263,942 di dalam syarikat TRTH dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.  Dua pengukur prestasi – syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui – menunjukkan prestasi syarikat bermasalah.  Memandangkan Felda bergantung besar kepada pengurusan asing dalam proses pembuatan keputusan anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan Kanada, keberkesanan kawalan boleh dipersoalkan.  Ini pengurusan jarak jauh. Felda menyuntik modal berbilion ringgit tetapi tiada kuasa dalam membuat keputusan. Dari sudut pengawasan dan pengurusan, ini adalah satu resepi kemusnahan (a recipe for disaster).



Rembau, NS
Selasa, 27 Mac 2012
FGVNA2

No comments: