Tuesday, March 27, 2012

Cukai Barangan dan Perkhidmatan – Pengalaman Singapura

Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST) merupakan cukai nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based) dikenakan ke atas barangan import dan semua barangan dan perkhidmatan kecuali, pertama, jualan dan sewaan hartanah perumahan (tempat kediaman) dan kedua, perkhidmatan pembiayaan (financial services). Walau bagaimana pun, barangan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa kadar cukainya sifar.

Ia adalah cukai berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan yang kadarnya semakin tinggi bila pendapatan semakin tinggi.

Kerana ia cukai ke atas penggunaan, maka dikatakan ia menggalakkan tabungan.

GST dilaksanakan di Singapura serentak dengan pelaksanaan “offset package” bertujuan meringankan kesan negatif GST ke atas isirumah, khasnya yang berpendapatan rendah.

GST diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang lalu. Kadar cukai yang dikenakan pada masa pelancaran ialah 3%. Kadar ini dikekalkan selama 9 tahun bersesuaian dengan janji kerajaan semasa pelancaran bahawa kadar itu tidak akan diubah sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Ia telah dinaikkan secara beransur-ansur selepas itu - ke 4% pada 1 Januari 2003, 5% pada 1 Januari 2004 dan 7% pada 1 Julai 2007.

Sebelum tahun 1986, kadar cukai pendapatan korporat ialah 40%. Begitu juga kadar cukai pendapatan perseoragan – ianya berkadar menaik dan bagi lingkungan pendapatan individu tertinggi (top marginal rate) kadarnya ialah 40%.

Kadar ini didapati tidak berdayasaing. Jawatankuasa Ekonomi tahun 1986 telah mencadangkan supaya Singapura mengubah dasar percukaiannya daripada pergantungan besar ke atas cukai langsung kepada cukai tidak langsung jika ia mahu menambahbaik dayasaing antarabangsanya bagi menarik pelaburan, melestarikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan gunatenaga berpendapatan tinggi.

GST adalah cukai tidak langsung berasas meluas. Dengan penduduk tua semakin besar bilangannya di Singapura, asas cukai (tax base), di negara itu dijangka mengecil. Oleh itu GST perlu diperkenalkan bagi mengimbangi asas cukai langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan tua tidak membayar cukai langsung) dengan cukai tidak langsung.

GST membolehkan beban cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk. Pengenaan cukai tidak langsung (indirect taxes) melebarkan asas cukai sekaligus membolehkan cukai dipungut dari lebih ramai penduduk.

Kerana GST pada asasnya adalah cukai ke atas penggunaan bukai ke atas pendapatan, maka sesiapa yang menggunakan barangan dan perkhidmatan, mereka kesemuanya – tidak kira pendapatan rendah, sederhana atau tinggi, kaya atau miskin – masuk di dalam jaringan cukai ini. Itu sebabnya, GST kadangkala dikatakan sebagai “pukat harimau” – semua ikan, kecil atau besar, terperangkap dalam jaring.

Di dalam sistem cukai langsung (cukai korporat dan cukai pendaptan individu), hanya segolongan tertentu penduduk membayar cukai tetapi di bawah GST, tiada siapa boleh mengelak dan terkecuali daripada membayar cukai. Ini menyebabkan pengkritik GST melihat GST sebagai regresif – orang miskin, sebagai nisbah kepada pendapatan mereka, membayar lebih cukai berbanding orang kaya. Penyokong GST, tanpa menafikan isu regresiviti ini, mencadangkan jalan pembetulan, iaitu, memastikan agihan cukai yang dipungut dilakanakan dalam cara yang boleh mengurangkan beban cukai ke atas golongan berpendapatan rendah.

Memang diakui bahawa GST menambahkan beban cukai ke atas isirumah (household) khasnya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, serentak dengan pengenalan GST, kerajaan Singapura juga memperkenalkan “offset package” merangkumi penurunan kadar cukai korporat, kadar cukai pendapatan individu dan pindahan manfaat langsung kepada isirumah yang layak. Berikut ialah peningkatan kadar GST dan penurunan serentak kadar cukai korporat dan cukai pendaptan individu.

Tarikh Kuatkuasa GST

Kadar GST

Kadar Cukai Korporat

Kadar Cukai Pendaptan Individu (top rate)

Penurunan adar Cukai Korporat dan Individu

1 April 1994

3%

27%

30%

-3%

2003

4%

26%

29%

-1%

2004

5%

25%

28%

-1%

1 Julai 2007

7%

23%

26%

-2%

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu, inisiatif yang telah dimulakan sejak tahun 1986. Pada tahun 2010, kadar cukai korporat di Singapura ialah 17% dan cukai pendapatan individu 20% (lingkongan pendaptan tertinggi). Kadar cukai efektif adalah lebih rendah.

Apabila kadar GST dinaikkan kepada 7% berkuatkuasa pada 1 julai 2007, kerajaan Singapura melebarkan offset package dalam bentuk pindahan langsung manfaat, iaitu, dalam bentuk bayaran tunai (kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi dan bonus warga emas) dan menambah caruman kepada kumpulan wang simpanan pekerja (CPF top-up), misalannya menambah caruman kepada akaun pendidikan selepas menengah (post-secondary education account top-up) dan menambah caruman bantuan perubatan untuk golongan tua (Medisave top-up for older Singaporeans).

Juga terangkum di dalam offset package ialah pemberian rebat (di atas caj utiliti dan penyelengaraan rumah awam) dan melaksanakan program Tambahan Pendapatan Pekerja (Workforce Income Supplement). Kerajaan Singapura telah menurunkan kadar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan skop pengecualian cukai diluaskan. Cukai hartanah juga diturunkan. Offset package ini bertujuan mengurangkan beban cukai GST ke atas golongan berpendapatan rendah. Dan pakej ini memang telah berjaya mengurangkan beban cukai ke atas penduduk Singapura keseluruhannya.

Dilaporkan bahawa hasil daripada pelaksanaan GST serentak dengan offest package, sistem cukai (mengambilkira semua jenis cukai cukai - pendapatan, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung), di Singapura kini cukup progresif – golongan berpendapatan tinggi membayar paling banyak cukai berdasarkan kepada nisbah cukai kepada pendapatan. 10% isirumah yang paling atas (dari segi pendapatan) menyumbang 38% dari seluruh cukai yang dipungut dan 20% isirumah yang paling atas menyumbang 53%. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula sebenarnya menerima lebih bayaran pindahan berbanding cukai yang mereka bayar.

Kajian yang dibuat dalam tahun 2010 mendapati bahawa 84.2% dari jumlah GST yang dipungut, disumbang oleh orang asing (bukan penduduk) dan 40% isirumah yang paling atas dan 20 isirumah yang paling bawah pula menyumbang hanya 4% dari GST yang dipungut.

Bagi Singapura, GST akan kekal kerana pelaksanaan yang serentak dengan offset package membawa kesan progresiviti, menjamin keseksamaan sistem cukai (equitability) dan menyediakan sumber yang selesa bagi kerajaan membawa kebajikan kepada rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah.

Rembau

Jumaat, 23 Mac 2012

GST

Pelaburan Felda di Amerika Utara Rugi RM28 Juta

Menepati janji yang beliau buat di parlimen minggu lepas (19 Mac 2012), YB Sallehuddin Ayub mengadakan sidang akhbar pada hari Isnin, 26 Mac 2012, mendedahkan prestasi anak-anak syarikat luar negara Felda. Beliau memberitahu pendedahan dibuat secara bersiri dan di dalam siri pertama didedahkan prestasi pelaburan Felda di Amerika Utara.

Analisis dibuat berdasarkan penyata kewangan terodit syarikat Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Juruoditnya ialah firma odit antarabangsa bereputasi tinggi, Tetuan Pricewaterhousecoopers. Jadi, kesahihan maklumat tidak diragui.

Syarikat FGVNA ditubuhkan di Malaysia dan fungsinya ialah untuk menjaga pelaburan Felda di Amerika Utara. Semua syarikat-syarikat di sana diletakkan di bawah miliknya (Jadual 1). Ada 8 syarikat kesemuanya dan yang utamanya ada dua, Twin Rivers Technologies Holdings Inc. (TRTH) dan Felda Golobal Ventures North America US, LLC (FGVNA LLC).

Tercatat dalam laporan audit, dua orang pengarah syarikat FGVNA ialah Dato’ Dzulkifli bin Abdul Wahab dan Dato’ Sabri Ahmad (dilantik pada 15 Julai 2010 menggantikan Dato’ Mohd. Bakke Bin Salleh).

Dilaporkan FGVNA membeli 80,000 unit saham biasa syarikat TRTH pada kos RM125, 400,000, iaitu, RM1,567.50 se saham pada 15 Disember 2010, menjadikan ia pemilik 97% syarikat itu. Pembelian dibayar dengan menukarkan pinjaman tetap yang telah diberikan oleh FGVNA kepada TRTH (lebih awal). Memandangkan TRTH adalah syarikat yang relatif baru (ditubuhkan pada tahun 1994) dan bukan di kalangan syarikat oleokimia terkemuka, harga yang dibayar Felda nampak terlalu tinggi.

Pada 31 Disember 2010, modal berbayar FGVNA ialah RM50,000,000 (saham biasa, boleh mengundi) sementera modal dalam bentuk terbitan saham keutamaan (tiada kuasa mengundi) berjumlah RM1,222,596,900. FGVNA tidak mengistiharkan dividen dalam tahu 2009 dan tidak juga dalam tahun 2010 kerana ia menanggung kerugian RM27,576,023 (berbanding keuntungan RM44,832,558 pada tahun berakhir 31 Disember 2009).

Jadual 1: Rangkaian anak Syarikat FGVNA

Nama Anak Syarikat

Negara Diperbadankan

Miliki Efektif FGVNA

Kegiatan Utama

1.0

Twin Rrivers Technologies Holdings, Inc (TRTH)

Amerika Syarikat (AS)

97%

Pegangan pelaburan

Anak-anak Syarikat TRTH

1.1

Twin Rivers Technologies US, Inc

AS

97%

Pegangan pelaburan

1.2

Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise

Kanada

97%

Pegangan Pelaburan

Anak-anak syarikat Twin Rivers Technologies US, Inc

1.1.1

Twin Rivers Technologies Quincy LLC

AS

97%

Membeli, memproses dan membekalkan lemak asid

1.1.2

Twin Rivers Technologies Manufacturing Corporation

AS

97%

Pengeluaran dan pengagihan lemak asid

Anak-anak Syarikat Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise

1.2.1

Twin Rivers Technologies Holdings Enterprise De Spplier Trnasformation De Graines Oleageneuses Du Quebec Ulc

Kanada

97%

Pengimport dan pengilang pelbagai bijirin minyak dan pengeksport minyak makanan yang ditapis

Anak Syarikat Twin Rivers Technologies Manufacturing Corporation

1.1.2.1

Fore River Transportation Corporation

AS

97%

Operasi, pengurusan, penyelenggaraan landasan dan perkhidmatan keretapi dari kilang di Quincy, Massachusets, ke landasan keretapi utama di Braintree, Massachusets

2

Felda Global Ventures North America US, LLC

AS

100%

Pegangan pelaburan

Setakat 31 Disember 2010, FGVNA telah menyuntik dana berjumlah RM1,255,263,942 ke dalam anak-anak syarikatnya terdiri dari pelaburan berjumlah RM436,200,110, pinjaman (RM595,391,823) dan lain-lain pelaburan (RM223,671,973).

Dana sebesar RM 436,200,110 dilabur di dalam anak-anak syarikat dalam Jadual 1.

Butir-butir pinjaman yang diberikan oleh FGVNA kepada anak-anak syarikatnya adalah seperti berikut (Jadual 2):

Jadual 2: Butir Pinjaman kepada Anak-anak Syarikat pada tahun berakhir 31 Disember 2010

Jenis Pinjaman

Peminjam

Jumlah (RM)

Tujuan dan Terms

1

Pinjamanan Berjangka (Terma Loan) Tranche A

TRT ETGO, Kanada

146,736,116

Pembiayaan semula pinjaman pembinaan (construction loan) dan modal kerja. Sekuriti: Semua hartanah TRT ETGO dan jaminan oleh TRT ETGO. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik suku tahunan bermula pada Mac 2011.

2

Pinjamanan Berjangka (Terma Loan) Tranche B

TRT ETGO, Kanada

49,398.400

Modal kerja. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik suku tahunan bermula pada Mac 2012. Tiada sekuriti

3

Pinjaman taraf rendah (subordinated loan)

TRT ETGO, Kanada

213,030,600

Pembiayaan semula pinjaman pembinaan dan modal kerja am. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik penoh pada Disember 2015. Tiada sekuriti.

4

Pinjaman Kredit Berterusan (revolving credit)

TRT ETGO, Kanada

46,311,000

Pimbiayaan modal kerja. Kadar faedah 5% setahun dan pembayaran balik penoh pada Disember 2015. Tiada sekuriti.

5

Pinjamanan Berjangka (Terma Loan)

FGVNA, US LLC

58,453,881

Membiayai semula pinjaman berjangka dan pinjaman bertaraf rendah yang sedia ada dan modal kerja TRT US. Kadar faedah 5% setahun. Pinjaman berjangka dibayar balik secara suku tahunan bermula pada Mac 2011 dan pinjaman taraf rendah dibayar penoh pada Disember 2015. Tiada sekuriti.

6

Pinjaman taraf rendah (subordinated loan)

FGVNA, US LLC

139,464,600

Jumlah

653,393,597

Pembayaran Balik

58,001,774

Masih tertonggak. Telah ditukar menjadi “Pinjaman kepada anak syarikat.”

Jumlah selepas Pembayaran Balik

595,391,823

Kecuali pinjaman berjangka Tranche A yang bercagaran (secured), yang lainnya tidak bercagaran (unsecured), mendedahkan Felda kepada “default risk.”

Lain-lain pelaburan merupakan suntikan modal dalam bentuk saham keutamaan boleh tebus (redeemable preference shares) dipegang oleh FGVNA dalam anak syarikatnya di Kanada, iaitu, Twin Rivers Technologies Holding Enterprise De Trnsformation De Graines Oleagineuses Du Quebec Ulc.

Default” sudah berlaku. Pada 31 Disember 2010, anak-anak syarikat di Amerika Utara belum lagi membayar balik hutang yang sepatutnya dibayar berjumlah RM58,001,774 dan jumlah ini telah ditukar menjadi pinjaman. Juga, pembayaran balik hutang berjumlah RM48,173,488 kepada FGVNA telah tertonggak dan direkod di dalam penyata kewangan sebagai “amount due from subsidiaries”. Yang telah tertunggak melebihi 1 tahun berjumlah RM12,678,871 (26%).

Felda telah melabur dana sebesar RM1,255,263,942 di dalam syarikat TRTH dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007. Dua pengukur prestasi – syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui – menunjukkan prestasi syarikat bermasalah. Memandangkan Felda bergantung besar kepada pengurusan asing dalam proses pembuatan keputusan anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan Kanada, keberkesanan kawalan boleh dipersoalkan. Ini pengurusan jarak jauh. Felda menyuntik modal berbilion ringgit tetapi tiada kuasa dalam membuat keputusan. Dari sudut pengawasan dan pengurusan, ini adalah satu resepi kemusnahan (a recipe for disaster).

Rembau, NS

Selasa, 27 Mac 2012

FGVNA2

Life is a Marathon: Doing Virtuous Deeds Increasingly towards the Closing Years of One’s Life

My beloved daughters Sarah, Dr. Fatimah, Zubaida, Mardhiah and Aishah,

Did you ever watch a marathon race? Did you ever notice that the closer the runners to the finish line, the faster they run? As a Muslim, our life ought to be analogous to that – the closer we are to our death, the more acts of kindness we should perform.

Allah the Exalted says:

And they shall cry therein: “Our Lord, bring us forth that we may do some righteousness, not that we had been doing. Had we not given you age (long life) so much that during it one might think, who desired to think (repent)? And came to you the warner. So, now taste that no one is the helper of the sinners.” (Fatir, 35:37).

How long is a long life? Imam Nawawi says that according to Ibn Abbas RA and other scholars, long life means attaining the age of sixty years. Some scholars say long life means attaining the age of 18 years. Imam Hassan, Kalabi and Masrooq say long life means attaining the age of forty years. It was said that in Madina, once a person reached the age of forty years, he used to dedicate himself to prayers.

Remember, the Holy Prophet SAW died at the age of sixty three years. Our religious teachers always say if one lives longer than sixty three years old, that is a bonus to him. Statistics show that not more than 15-20% of the world’s population live beyond the age of sixty years.

Hence, if life is a marathon, then, those who were born in the fifties – this is my generation - are indeed closing on to the finish line. I must remind myself and your mummy too, of the following: Let us speed up in doing good deeds. Let us hurry up in seeking repentant from Allah. Let us spend our night more on the prayer mat than on the bed. Let us spend more time in the mosque than on the grass. Let us spend our sight more on reading the Qur’an than on watching television. Let us spend our money more on charity than on our hobby.

My beloved daughters,

These reminders are not only for old people like your mummy and me but for all Muslims, young and old. Our life is in the hand of Allah and nobody knows when Allah will call us back. So many people died at young age, and in sins.

Hazrat Abu Hurairah RA relates that the Holy Prophet SAW said: “Allah continues to forgive a person till he attains the age of sixty years.” (Bukhari. Hadith No. 112 in Riyadhus Salihin).

Hazrat Anas RA relates: “Allah the Most Gracious and Respected sent revelation to the Holy Prophet SAW more frequently towards the close of his years till he passed away.” (Bukhari and Muslim. Hadith No. 115 in Riyadhus Salihin).

Hazrat Jabir RA relates that the Holy Prophet SAW said: “Everyone will be resurrected in the condition in which he died.” (Muslim. Hadith No. 118 in Riyadhus Salihin).

A golfer may wish that he dies while playing golf so that on the resurrection day he will be resurrected in that condition. Why not? After all, all golf courses are so beautiful, like the proverbial gardens in Heaven. But before one makes that wish he must ask: “Is playing golf an act of kindness? Is money spent on playing golf counted as an act of charity? Is time spent on playing golf is the best way to spend one’s old age? Are one’s steps to the golf course rewarded by Allah in a similar way to his steps to the mosque? If we are not sure of the answers, we’d better forget about that wish.

I pick up golfer to elucidate my point simply because so many people of my age are golfers.

As Muslims, let us wish that we die in the mosque while in remembrance of Allah, not in the bar while drinking wine; while reading the Holy Quran, not watching Hollywood movies; while prostrating on the prayer mat, not sleeping on the bed and while in the battle field fighting for the sake of Allah, not playing ball in the football field. Let us keep the Sunnah of the Holy Prophet SAW alive by always seeking repentant from Allah as he always did throughout his lifetime. Let us increase our good deeds the older we get.

Hazrat Ibn Abbas RA (a cousin of the Holy Prophet SAW) was blessed with the knowledge of the Qur’an. He was one of the best interpreters of the Qur’an in the history of Islam. One hadith he related is as follow:

Hazrat Umar RA used to take him (Ibn Abbas) in consultation along with the elders who had taken part in the Battle of Badr. Some companions (senior participants in the consultation) resented this (the presence of Ibn Abbas) and remarked: Why does Umar allow this boy to join us in council, although our sons are of his age? Umar told them: He belongs to the source of your knowledge (the House of the Holy Prophet SAW). Umar called me one day to show to them my skill and my knowledge. Umar asked them: What is the meaning of the verse: “When Allah’s succor and triumph come.” (110:1). Some of them said: In this verse we have been asked to praise Allah and supplicate for his forgiveness when He helps us and grants us victory. Some remained quiet and said nothing. Umar then asked me: Ibn Abbas, do you agree? I said: “No.” Then he enquired as to what I have to say. I said: “This was an intimation of the approach of the death of the Holy Prophet SAW which Allah conveyed to him.” Allah said: “The help from Allah and succor have come” means an advance information of the death of the Holy Prophet SAW has come. “Then, hymn the praises of thy Lord and seek forgiveness of Him. Lo! He is ever ready to show mercy.” (110:3). Umar then said to Ibn Abbas: “Nobody knows more than what you have said.” (Bukhari).

Hazrat Ayesha RAA relates that after the revelation of Surah An-Nasr (a sign that his death is near), the Holy Prophet SAW always recited the verse from Surah An-Nasr in every prayer: “Holy are thou, our lord and all praise is thine and forgive me, O Allah.” (Bukhari and Muslim. Hadith No. 114 in Riyadhus Salihin).

Another version of the hadith says: “The Holy Prophet SAW often recited: Holy is Allah and His is all praise. I seek forgiveness of Allah and turn to him in repentance. Hazrat Ayesha RAA said to him: O Messenger of Allah, I hear you recite often: Holy is Allah and His is all praise. I seek forgiveness of Allah and turn to him in repentance. He elucidated: My Lord told me that I will soon see indications relating to my ummah and that when I see it I must often proclaim His holiness and praise and seek His forgiveness and turn to Him. Now, I have already seen this sign. The coming of Allah’s help and victory was the fall of Mecca and the sign was seeing people joining the religion of Allah in large numbers. The command is: Proclaim the Holiness of Allah along with His praise and ask forgiveness of Him. He is the most Merciful and Forgiving.

Hence, people of my age and older and of your age too, must always remind themselves to constantly do self-reexamination of their faith, to avoid sins and to multiply act of kindness. The priority is to reexamine things that are fardh on us:

1. Constantly reexamine our Shahadah to ensure that it is free of any element of shirk.

2. No way that we should miss our five daily prayers anymore.

3. Strictly observe the compulsory fasting in the month of Ramadan.

4. Never forget to pay zakah.

5. Perform the once-in-a-lifetime Hajj as soon as it becomes fardh on us.

Beyond these, let us remind ourselves to perform act of kindness as much as possible. Never forget to learn (from qualified teachers) and read the Quran and its translation and perform the night prayers constantly. Multiply our zikr and perform as much as possible the recommended prayers.

Be careful not to commit sins, big or small. For me, at my age, it is already too late for this. We should rush to seek forgiveness from Allah and multiply our good deeds. Remember, our beloved Prophet SAW repented seventy to one hundred times daily and more after the revelation of Surah An-Nasr. How about us?

O Allah, grant us a good end to our life, not a bad end.

(This article, an internet tazkirah for my daughters, was completed and emailed to them on Saturday, 14 May 2011 in my aprtment at Gulshan One, Dhaka, Bangladesh. At that time, we were living apart; my wife and me in Dhaka, Sarah in America, Fatimah and Aishah in Cairo, Zubaida in London and Mardhiah in Sydney. The internet tazkirah replaced our usrah at home in Subang Jaya).

Thursday, March 15, 2012