Saturday, March 3, 2012

Projek Membela Lembu Felcra Lebih Besar dari Projek Fidlot Nasional, Gemas

Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008. Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.

Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi: “Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.

Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapat hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan. Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.

Bilangan kandang 17

Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor

Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000

Bilangan peserta 92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000

Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan. Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.

Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.

Juga didedahkan pada Hari Raya Kordan 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjula 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor

Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor

Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor

Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu koban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra. Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.

Rembau, NS

Jumaat, Mac 2012

Felcra Bela Lembu

Penyenaraian FGVHB - Sahih, KPF Bakal Hilang Kuasa Pengawalan ke atas Asetnya

Akhbar media baru, http://www.malaysiakini.com (Isnin, 13 Feberuari 2012) melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat pengurusan harta, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bakal memiliki 37% kepentingan dalam FGVHB bagi pihak Koperasi Pelaburan Felda (KPF). Kalaulah ini benar, maka KPF akan kehilangan kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri. Bagaimana?

Ahli lembaga pengarah FAHC – tidak dinyatakan bilangannya – bakal terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVHB dan KPF. Jelas, ini bertujuan menurunkan wakil KPF di dalam lembaga pengarah FAHC kepada suara miniroti, sekaligus melemahkan kuasa KPF di dalam proses pembuatan keputusan dan penguasaan di dalam FAHC. Juga, dilaporkan lembaga pengarah FAHC akan bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri. Ini satu lagi tindakan yang menjurus kepada melemahkan kuasa KPF di dalam FAHC. Bukankah kesan dari mekanisma ini menyebabkan KPF kehilangan kuasa pembuatan keputusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri?

Penubuhan FAHC didakwa akan menjamin 37% saham FGVHB yang dimiliki KPF itu “tidak dijual sewenang-wenangnya.” Ini memberi gambaran bahawa jika saham itu dipegang terus oleh KPF, maka dikhuwatiri ahli lembaga pengarah KPF akan menjual saham-saham itu sesuka hati. Walau bagaimana pun, penulis berfirasat bahawa penubuhan FAHC berniat serong bertujuan mengenepikan kuasa pengawalan dan penguasaan oleh KPF ke atas FGVHB sekaligus memberi jaminan kepada pelabur-pelabur di bursa saham Malaysia khasnya pelabur-pelabur asing bahawa syarikat tersenarai FGVHB bukan dikuasai dan dikawal oleh sebuah koperasi. Harus diingat bahawa FAHC adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah akta syarikat yang bakal memiliki pengurusan sendiri yang bebas daripada kawalan lembaga pengarah KPF. Akhirnya, KPF yang dimiliki oleh 207,913 ahlinya terdiri daripada peneroka, ahli keluarga peneroka dan kakitangan Felda akan dinafikan kuasa untuk mengurus dan mengawal harta mereka sendiri.

Antara lain, perwakilan ahli KPF yang akan menghadiri mesyuarat agong khas pada 22 Februari 2012 ini akan diminta meluluskan usul yang membenarkan FAHC memegang 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF dan menyerahkan secara mutlak pengurusan dan pengawalan harta ini kepada FAHC. Penyahan kuasa KPF ke atas pengurusan dan pengawalan FGVHB selepas penyenaraian ini bertujuan memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pelabur-pelabur asing khasnya rakan pelabur strategik asing yang akan diberikan milikan 20% saham di dalam FGVHB. Dikatakan badan koperasi tertakluk kepada dan dikekang oleh undang-undang koperasi, termasuk undang-undang kecilnya sendiri, yang ketat yang bakal menyukarkan proses pembuatan keputusan di dalam FGVHB khasnya dalam hal urusan penstrukturan dana. Rakan strategik pelabur asing itu tidak mahu FGVHB yang disenaraikan didominasi oleh KPF. Penubuhan FAHC yang memiliki 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF adalah “pemanis” yang ditawarkan Felda kepada pelabur-pelabur asing.

Disamping menyuntikkan tanah perladangan seluas 360,067 hetkar di bawah Felda Plantation Sdn. Bhd. Ke dalam FGVHB, proses penyenaraian FGVHB di bursa Malaysia seterusnya melibatkan FGVHB mengambilalih 51% saham milik KPF di dalam Felda Holding Berhad beserta 10 buah anak syarikat FHB. Sumber yang dipercaya memberitahu bahawa anak-anak syarikat yang terlibat ialah Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (FPI), Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FAS), Felda Vegetable Oil Sdn. Bhd. (FVOP), Felda Marketing Sdn. Bhd. (Felma), Felda Rubber Industries Sdn. Bhd., Felda Transport Services Sdn. Bhd., Felda Kernel Production Sdn. Bhd., Felda Prodata Sdn. Bhd., Felda Engineering Sdn bhd. dan Felda Security Services Sdn. Bhd. Kebanyakan anak-anak syarikat ini adalah syarikat teras yang menjana keuntungan bagi Felda. Dengan suntikan ini, FGVHB akan menjadi “gemok dan bernilai tinggi” bila disenaraikan.

Sebagai balasan, FGVHB akan menerbitkan saham baru sebanyak 2.421 bilion unit pada harga tara (par value) RM1.00 se unit (bermakna nilainya RM2.421 bilion) dan diberikan kepada KPF. Ini bermakna, KPF akan dibayar dalam bentuk saham, bukan dalam bentuk tunai. Kalau hendakkan tunai, KPF juallah saham itu.

Pada masa ini (merujuk kepada kedudukan kewangan tahun 2010), saham FGVHB berjumlah 1.768 bilion pada harga tara RM1.00. Dengan terbitan baru, jumlah saham FGVHB menjadi 4.189 bilion unit bernilai RM4.189 bilion (pada harga tara RM1.00). Ini bermakna, dengan menyerahkan miliki 51% dalam FHB dan 10 buah anak syarikat di bawah FHB, KPF akan mendapat 2.421 bilion unit saham di dalam FGVHB bernilai RM2.421 bilion pada harga tara RM1.00 se saham atau 57.8% saham dalam FGVHB.

Sebelum suntikan-suntikan aset dilaksanakan, FGVHB mempunyai nilai NTA sebesar RM2.283 bilion (berasaskan kedudukan kewangan tahun 2010). Selepas penyuntikan, nilai NTAnya naik kepada RM5.414 bilion.

Pada asas aset tangibel bersih (NTA), keseluruhan saham yang bakal dimiliki KPF bernilai RM3.13 bilion (NTA tahun 2010). Dengan kata mudah, andainya KPF mahu menjual kesemua 57.8% saham ini sekarang, ia akan mendapat wang tunai sebanyak RM3.13 bilion (jualan pada nilai NTA). Saham selebihnya di dalam FGVHB, iaitu, 42.2% dimiliki oleh Felda bernilai (NTA) RM2.28 bilion.

Juga didedahkan di dalam laporan Malaysiakini.com pada 13 Februari 2012 itu ialah bila FGVHB disenaraikan nanti, nisbah milikan saham oleh KPF di dalam FGVHB akan berkurangan kepada 37% dengan nilai “market capitalisation” mencecah RM21 bilion, iaitu, 6.7 kali ganda nilai NTA sebelum penyenaraian. Seandainya pada ketika itu KPF menjual kesemua sahamnya dalam FGVHB, ia akan memperolehi wang tunai sebanyak RM21 bilion, melonjakkan ia kepada sebuah koperasi yang paling kaya tunai di Malaysia. Bila wang ini diagihkan kepada 207,913 ahlinya, maka setiap ahli akan mendapat, secara puratanya, RM101,004 seorang. Hakikatnya, semakin tinggi saham yang dimiliki di dalam KPF, semakin tinggilah bahagian yang diperolehi. Inilah dia durian runtuh yang dijanjikan, agaknya.

Persoalannya: Apakah ahli-ahli koperasi yang 87.81% terdiri dari peneroka dan ahli keluarga, redha dan rela untuk hilang kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas harta mereka sendiri? Apakah mereka bersedia untuk meletakkan tanah hak mereka di dalam rancangan Felda kepada risiko dipindah milik kepada pelabur-pelabur yang bukan peneroka yang tidak pernah mencurahkan keringat walaupun setitik dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah perladangan yang luas terbentang itu? Arwah Tun Abd. Razak memberi tanah kepada orang kampong tiada bertanah untuk mengeluarkan mereka dari cengkaman kemiskinan. Seandainya beliau hanya mengambil pertimbangan untuk memajukan ekonomi. Malaysia dengan cepat, maka lebih baik beliau menjual tanah-tanah di negara ini kepada kapitalis-kapitalis yang sedia ada di dalam negara dan dari luar negara untuk dibangunkan. Beliau tidak perlu memeningkan kepala. Itu bukan hasrat beliau.

Rembau, NS

14 Februari 2012

Sahih

Wednesday, February 15, 2012

Penyenaraian FGVHB – Berapakah Jumlah Durian Runtuhnya?

Peneroka di 317 rancangan Felda di seluruh negara – 112,635 orang kesemuanya – dan ahli keluarga mereka – 1.6 juta orang kesemuanya - bakal dibayar durian runtuh – bukan kecil tetapi besar jumlahnya dan bukan sekali tetapi dua kali – berikutan penyenaraian FGVHB pada Mei ini. Kerana jumlah durian runtuh itu kononnya amat besar, ianya menjadi hak istimewa Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin dalam bulan Februari 2012 ini juga.

Belum diumumkan jumlah unit saham FGVHB yang akan diapongkan dan nilai tawaran awam permulaan (IPO price) tetapi 37% daripada jumlah saham FGVHB bakal dipegang oleh KPF. Di samping KPF, peneroka, pelabur institusi seperti PNB, KWSP, KWAP dan Tabung Haji bakal memiliki saham FGVHB. Juga, bakal diberi hak istimewa untuk memegang kepentingan dalam FGVHB termasuklah kakitangan Felda, kerajaan negeri, rakyat Malaysia terpilih dan pelabur asing.  Lumrahnya, pelabur yang telah dinamakan ini akan menerima peruntukan saham masing-masing melalui borang merah jambu. Mereka tidak perlu berebut-rebut untuk membeli melalui borang putih – yang belum pasti dapat kerana melalui pengundian - bersama-sama orang awam.
Peneroka bolehlah sediakan wang dari sekarang bagi membeli saham melalui borang merah jambu itu kerana ia pasti dapat. Ada dakwaan bahawa setiap peneroka akan diperuntukkan 15 lot (15,000 unit) saham setiap seorang. Kalau harga IPO RM2.00 se saham, maka peneroka kena bayar RM30,000 bagi membeli kesemua saham yang diperuntukkan. Kalau tidak ada wang, tidak boleh belilah saham ini. Meloponglah tengok orang lain beli. Kalau saham ini sudah dibeli, janganlah jual serta merta. Tunggulah nilainya naik 7 kali ganda, baru untung besar.

FGVHB dijangka disenaraikan pada 10 Mei 2012. Urusan rasmi penyenaraian telah 90% selesai. Datang hujan atau panas, ada penentangan atau tidak ada penentangan, saham FGVHB tetap akan diapongkan. Tan Seri Isa Samad, Pengerusi Felda (dan Pengerusi “tidak sah” KPF) dan pasukan beliau sedang bekerja keras siang dan malam bagi menjamin cadangan penyenarai direstui peneroka. Pada 13 Februari 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi taklimat mengenai penyenaraian FGVHB kepada 3,000 orang ketua peneroka dari 317 rancangan Felda dan 1,300 orang kakitangan Felda. Mereka dikehendaki mengundi “ya” kepada pemindahan 51% saham KPF dalam FHB kepada FGVHB pada mesyuarat khas KPF dijadualkan pada 22 Februari 2012. Pastinya, ANAK akan memfailkan injunksi lagi. Tetapi kalau hakim tidak membenarkan injunksi dan perwakilan mengundi “ya,” maka jalan ke penyenaraian bertambah lapang. 

Pengapongan FGVHB adalah yang terbesar di Malaysia dengan market capitalisation dijangka mencecah RM21 bilion, 7 kali ganda nilai bersih aset tangibel (NTA) syarikat itu sekarang.  FGVHB bakal menjadi syarikat perladangan tersenarai yang terbesar di Malaysia dan di dunia. Penyenaraian ini bakal menjemput pelabur-pelabur asing dan juga tempatan kembali masuk beraksi di bursa Malaysia, merancakkan pasaran dan memacu harga naik. Pelabur dikatakan amat dahagakan terbitan baru bertaraf “blue chip.”
Soalan: “Rakyat Malaysia terpilih” yang bakal mendapat peruntukan saham melalui borang merah jambu itu siapa? Mungkin sahaja – ini spekulasi penganalisis - mereka ini penama-penama yang mewakili sebuah parti politik. Pastinya, pada peringkat pra-penyenaraian (primary issues), mereka ini diperuntukkan beratus-ratus juta saham. Mereka ini tidak berniat untuk pegang lama. Saham-saham yang mereka perolehi secara istimewa ini akan segera dijual secara borong pada harga yang tinggi kepada badan-badan kumpulan dana kaya tunai yang telah dikenal pasti, mungkin juga pelabur asing yang bakal menjadi “strategic partner” kepada FGVHB. Dilaporkan Felda sedang berunding dengan dua rakan kongsi antarabangsa berpotensi yang bakal diberi, menurut sumber terpercaya, 20% milikan dalam FGVHB.

Penama-penama mengaut untung segera dalam jumlah yang pastinya mencecah ratusan juta, mungkin juga bilion. Wang ini akhirnya akan masuk ke “warchest” parti berkenaan bagi dibelanjakan dalam PRU 13 yang diramal akan diadakan dalam bulan Jun 2012 ini. Inilah sebabnya Felda beria-ia sangat hendak menyenaraikan FGVHB dan dengan cepat, sebelum Jun 2012.

Tentunya peneroka berdebar-debar menunggu tawaran durian runtuh yang bakal diperolehi. Durian runtuh ini tentulah diberi percuma. Takkan kena bayar pula. Berapa besar jumlahnya? Bila hendak dibayar? Dibayar semuanya dalam bentuk tunai atau semuanya dalam bentuk saham atau sebahagian dalam bentuk saham dan sebahagian lagi tunai?   Dengan andaian ia akan dibayar tunai, penganalisis cuba meneka jumlahnya. 

Khabarnya, durian runtuh akan dibayar dua kali. Sekali sebelum penyenaraian dan sekali lagi selepas penyenaraian. Wang untuk pembayaran sebelum penyenaraian tentunya dari sumber dalaman, wang Felda atau wang KPF. Kalau dari sumber KPF, maka itu wang peneroka yang menjadi ahli keporasi. Jadi, peneroka mendapat duit mereka sendiri.  Bayaran kedua mungkin datang dari wang yang dijana dari penjualan saham FGVHB kepada orang ramai, dianggarkan berjumlah sekitar RM6 bilion. Tetapi wang ini telah ditanda untuk membiayai pengembangan perniagaan FGVHB ke peringkat antarabangsa. 

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri lagi, quantum durian runtuh ini memang besar, jauh lebih besar dari bonus hari raya dan bonus khas tahunan.

Bonus raya tahun lalu (2011) ialah RM400 seorang (bagi peneroka yang bersama Felda) dan RM200 seorang (bagi peneroka yang tidak bersama Felda). Jumlah bonus raya yang dibayar kepada peneroka berjumlah RM42.6 juta. Bonus insentif yang dibayar dalam tahun 2011 ialah antara RM400-1200 tetapi peneroka yang usahakan ladang sendiri tidak lansung dibayar bonus insentif. Jumlahnya ialah RM102.584 juta.

Jadi, jumlah duit raya dan bonus insentif yang diagihkan dalam tahun 2011 berjumlah RM145.184 juta. Katalah jumlah yang akan dibayar kepada peneroka juga 7 kali ganda (sama dengan kenaikan nilai saham FGVHB selepas penyenaraian), maka durian runtuk bakal berjumlah RM1,016,288,000 juta, bermakna, setiap peneroka bakal menerima sekitar RM9,000 se orang.

Ada ramalan bahawa setiap peneroka (tidak termasuk ahli keluarga) akan di bayar RM20,000 tunai setiap seorang. Ini nampaknya satu jumlah yang munasabah kerana sebarang jumlah yang lebih kecil tidak layak dipanggil durian runtuh. Dengan andai semua peneroka akan dapat, maka jumlah durian runtuh yang bakal dibayar kepada 112,635 orang peneroka mencapai RM2,252,700,000. Ini satu jumlah yang besar, kira-kira 38% dari dana RM6 bilion yang bakal dijana dari pengapongan. Felda memang mampu membayarnya tetapi rizab tunainya akan merosot banyak. Atas alasan ini penganalisis tidak yakin durian runtuh akan mencecah RM20,000. Ini akan mengeringkan rizab tunai Felda. Apatah lagi kalau 1.6 juta hali keluarga peneroka juga dibayar RM20,000 seorang. Jumlahnya diluar jangkauan.  Kalau Felda ada sumber dana lain, penganalisis tidaklah tahu.

Timbalan Menteri memberitahu, bukan sahaja 112,635 orang peneroka yang akan menerima durian runtuh tetapi juga 1.6 juta ahli keluarga mereka (lihat tajuk kecil di dalam akhbar New Straits Times, Selasa, 14 Februari 2011 yang berbunyi “Big Gains: Settlers and family members to receive windfall before and after listing”).  Berapa pula yang akan dibayar kepada setiap ahli keluarga peneroka? Tidak mungkin satu jumlah yang lumayan kerana bilangan mereka besar. Kalau mereka juga dibayar sekitar RM9,000 sepertimana peneroka, maka jumlahnya mencapai RM14.4 bilion. Angka RM500 seorang lebih munasabah. Itupun akan melibatkan jumlah yang besar sekitar RM800 juta.

Oleh itu, penganalis menjangkakan bahawa jumlah durian runtuh untuk peneroka adalah sekitar RM10,000 se orang dan ahli keluarga peneroka RM500 se orang. Kurang mungkin tetapi lebih tidak berani nak ramal.
Angka makronya memang besar, berbilion-bilion ringgit. Tetapi bila diagihkan kepada peneroka, jumlah yang peneroka dapat amat kecil, tidak berbaloi langsung dengan risiko bahawa pemilikan tanah seluas 360,067 hektar dan pelbagai anak syarikat yang lain akan berpindah kepada pelabur bukan peneroka yang memang sudah sedia kaya raya.  Pastinya “Rakyat Malaysia terpilih” akan mengaut untuk segera beratus-ratus juta ringgit dari eksersais pengapongan ini.

(Penulis adalah bekas Pemangku Timbalan Pengurus di Bank Negara Malaysia dan Ahli Ekonomi kepada ANAK).

Rembau, NS
15 Februari 2012
Durian runtuh 

Tuesday, February 14, 2012

Sahih, KPF Bakal Hilang Kuasa Pengawalan ke atas Asetnya Akibat Penyenaraian FGVHB
Oleh
Dr. Rosli bin Yaakop
Akhbar media baru, http://www.malaysiakini.com (Isnin, 13 Feberuari 2012) melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat pengurusan harta, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bakal memiliki 37% kepentingan dalam FGVHB bagi pihak Koperasi Pelaburan Felda (KPF). Kalaulah ini benar, maka KPF akan kehilangan kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri. Bagaimana?

Ahli lembaga pengarah FAHC – tidak dinyatakan bilangannya – bakal terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, FELDA, FGVHB dan KPF. Jelas, ini bertujuan menurunkan wakil KPF di dalam lembaga pengarah FAHC kepada suara miniroti, sekaligus melemahkan kuasa KPF di dalam proses pembuatan keputusan dan penguasaan di dalam FAHC.  Juga, dilaporkan lembaga pengarah FAHC akan bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri. Ini satu lagi tindakan yang menjurus kepada melemahkan kuasa KPF di dalam FAHC. Bukankah kesan dari mekanisma ini menyebabkan KPF kehilangan kuasa pembuatan keputusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri?

Penubuhan FAHC didakwa akan menjamin 37% saham FGVHB yang dimiliki KPF itu “tidak dijual sewenang-wenangnya.” Ini memberi gambaran bahawa jika saham itu dipegang terus oleh KPF, maka dikhuawatiri ahli lembaga pengarah KPF akan menjual saham-saham itu sesuka hati. Walau bagaimana pun, penulis berfirasat bahawa penubuhan FAHC berniat serong bertujuan mengenepikan kuasa pengawalan dan penguasaan oleh KPF ke atas FGVHB sekaligus memberi jaminan kepada pelabur-pelabur di bursa saham Malaysia khasnya pelabur-pelabur asing bahawa syarikat tersenarai FGVHB bukan dikuasai dan dikawal oleh sebuah koperasi. Harus diingat bahawa FAHC adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah akta syarikat yang bakal memiliki pengurusan sendiri yang bebas daripada kawalan lembaga pengarah KPF. Akhirnya, KPF yang dimiliki oleh 207,913 ahlinya terdiri daripada peneroka, ahli keluarga peneroka  dan kakitangan Felda akan dinafikan kuasa untuk mengurus dan mengawal harta mereka sendiri.

Antara lain, perwakilan ahli KPF yang akan menghadiri mesyuarat agong khas pada 22 Februari 2012 ini akan diminta meluluskan usul yang membenarkan FAHC memegang 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF dan menyerahkan secara mutlak pengurusan dan pengawalan harta ini kepada FAHC. Penyahan kuasa KPF ke atas pengurusan dan pengawalan FGVHB selepas penyenaraian ini bertujuan memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pelabur-pelabur asing khasnya rakan pelabur strategik asing yang akan diberikan milikan 20% saham di dalam FGVHB. Dikatakan badan koperasi tertakluk kepada dan dikekang oleh undang-undang koperasi, termasuk undang-undang kecilnya sendiri, yang ketat yang bakal menyukarkan proses pembuatan keputusan di dalam FGVHB khasnya dalam hal urusan penstrukturan dana. Rakan strategik pelabur asing itu tidak mahu FGVHB yang disenaraikan didominasi oleh KPF. Penubuhan FAHC yang memiliki 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF adalah “pemanis” yang ditawarkan Felda kepada pelabur-pelabur asing.  

Di samping menyuntikkan tanah perladangan seluas 360,067 hetkar di bawah Felda Plantation Sdn. Bhd. Ke dalam FGVHB, proses penyenaraian FGVHB di bursa Malaysia seterusnya melibatkan FGVHB mengambilalih 51% saham milik KPF di dalam Felda Holding Berhad beserta 10 buah anak syarikat FHB. Sumber yang dipercaya memberitahu bahawa anak-anak syarikat yang terlibat ialah Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (FPI), Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FAS), Felda Vegetable Oil Sdn. Bhd. (FVOP), Felda Marketing Sdn. Bhd. (Felma), Felda Rubber Industries Sdn. Bhd., Felda Transport Services Sdn. Bhd., Felda Kernel Production Sdn. Bhd., Felda Prodata Sdn. Bhd., Felda Engineering Sdn bhd. dan Felda Security Services Sdn. Bhd.  Kebanyakan anak-anak syarikat ini adalah syarikat teras yang menjana keuntungan bagi Felda. Dengan suntikan ini, FGVHB akan menjadi “gemok dan bernilai tinggi” bila disenaraikan.

Sebagai balasan, FGVHB akan menerbitkan saham baru sebanyak 2.421 bilion unit pada harga tara (par value) RM1.00 se unit (bermakna nilainya RM2.421 bilion) dan diberikan kepada KPF. Ini bermakna, KPF akan dibayar dalam bentuk saham, bukan dalam bentuk tunai. Kalau hendakkan tunai, KPF juallah saham itu.

Pada masa ini (merujuk kepada kedudukan kewangan tahun 2010), saham FGVHB berjumlah 1.768 bilion pada harga tara RM1.00.  Dengan terbitan baru, jumlah saham FGVHB menjadi 4.189 bilion unit  bernilai RM4.189 bilion (pada harga tara RM1.00). Ini bermakna, dengan menyerahkan miliki  51% dalam FHB dan 10 buah anak syarikat di bawah FHB, KPF akan mendapat 2.421 bilion unit saham di dalam FGVHB bernilai RM2.421 bilion pada harga tara RM1.00 se saham atau 57.8% saham dalam FGVHB.
Sebelum suntikan-suntikan aset dilaksanakan FGVHB mempunyai nilai NTA sebesar RM2.283 bilion (berasaskan kedudukan kewangan tahun 2010). Selepas penyuntikan, nilai NTAnya naik kepada RM5.414 bilion.
Pada asas aset tangibel bersih (NTA), keseluruhan saham yang bakal dimiliki KPF bernilai RM3.13 bilion (NTA tahun 2010). Dengan kata mudah, andainya KPF mahu menjual kesemua 57.8% saham ini sekarang, ia akan mendapat wang tunai sebanyak RM3.13 bilion (jualan pada nilai NTA).   Saham selebihnya di dalam FGVHB, iaitu, 42.2% dimiliki oleh Felda bernilai (NTA) RM2.28 bilion.
Juga didedahkan di dalam laporan Malaysiakini.com pada 13 Februari 2012 itu ialah bila FGVHB disenaraikan nanti, nisbah milikan saham oleh KPF di dalam FGVHB akan berkurangan kepada 37% dengan nilai “market capitalisation” mencecah RM21 bilion, iaitu, 6.7 kali ganda nilai NTA sebelum penyenaraian. Seandainya pada ketika itu KPF menjual kesemua sahamnya dalam FGVHB, ia akan memperolehi wang tunai sebanyak RM21 bilion, melonjakkan ia kepada sebuah koperasi yang paling kaya tunai di Malaysia.  Bila wang ini diagihkan kepada 207,913 ahlinya, maka setiap ahli akan mendapat, secara puratanya, RM101,004 seorang.  Hakikatnya, semakin tinggi saham yang dimiliki di dalam KPF, semakin tinggilah bahagian yang diperolehi. Inilah dia durian runtuh yang dijanjikan, agaknya.

Persoalannya: Apakah ahli-ahli koperasi yang 87.81% terdiri dari peneroka dan ahli keluarga, redha dan rela untuk hilang kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas harta mereka sendiri? Apakah mereka bersedia untuk meletakkan tanah hak mereka di dalam rancangan Felda kepada risiko dipindah milik kepada pelabur-pelabur yang bukan peneroka yang tidak pernah mencurahkan keringat walau setitik pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah perladangan yang luas terbentang itu?  Arwah Tun Abd. Razak memberi tanah kepada orang kampong tiada bertanah untuk mengeluarkan mereka dari cengkaman kemiskinan. Seandainya beliau hanya mengambil pertimbangan untuk memajukan ekonomi Malaysia dengan cepat, maka lebih baik beliau menjual tanah-tanah di negara ini kepada kapitalis-kapitalis yang sedia ada di dalam negara dan dari luar negara untuk dibangunkan. Beliau tidak perlu memeningkan kepala. Itu bukan hasrat beliau.

Rembau, NS
14 Februari 2012
Sahih

Thursday, January 12, 2012

Tuesday, October 25, 2011

Mengintai Belanjawan 2012

Dijangka Belanjawan 2012 yang bakal dibentang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 (PM-MK1) pada 7 Oktober 2011 ini berpremiskan dua perkara utama, iaitu, Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13) dan jangkaan kemelut ekonomi dunia, khasnya ekonomi Eropah dan Amerika yang dihantui krisis hutang. Oleh kerana Eropah dan Amerika adalah rakan dagang utama Malaysia, kemelut ekonomi yang bakal melanda itu dijangka membawa impak negatif yang bukan kecil kepada ekonomi Malaysia.

Oleh itu, Belanjawan 2012, pada bahagian pentingnya, pastinya mengandungi langkah-langkah untuk menangani impak negatif itu. Justeru, bolehlah ditelah bahawa PM-MK1 akan mengemukakan dasar fiskal mengembang (expansionary fiscal policy), iaitu, meningkatkan perbelanjaan bagi melawan arus kemelesetan (counter-cyclical). Ini pasti memburukkan lagi defisit fiskal.
Pilihan raya Umum Ketigabelas (PRU13) akan diadakan pada bila-bila masa sebelum bulan Mac 2013, mungkin sebaik-baik saja selepas pembentangan belanjawan, iaitu, se awal bulan November 2011 atau bulan Februari - Mac 2012. Kalau tidak, mungkin pada satu tarikh dalam bulan Jun - November 2012. Tetapi, iannya tidak mungkin terlalu dekat dengan tarikh luput parlimen sekarang.

Telahan bahawa PRU13 akan di adakan dalam bulan Februari-Mac 2012 lebih meyakinkan kerana PM-MK1 memerlukan ruang selesa untuk membaiki populariti beliau yang dilaporkan merudum sejak kebelakangan ini. Kalau PRU13 diadakan terlalu lambat, kemelesetan ekonomi akan tiba dan mengadakan PRU13 dalam keadaan ekonomi yang meleset pastinya menghakis sokongan rakyat kepada UMNO-BN. Namun, tarikh sebenarnya hanya beliau dan isteri yang tahu.

Sekiranya PRU13 akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini, maka Belanjawan 2012 pastinya belanjawan plilihanraya yang di dalamnya terkandung tawaran-tawaran manis untuk membeli hati pengundi dan mengagihkan “minyak pelincir” kepada jentera pilihanraya UMNO-BN dalam bentuk pemberian kontrak-kontrak kecil yang boleh dilaksanakan dengan segera – digelar sebagai “projek mi segera.” Projek-projek ini dilulus dan dilaksanakan segera dan kontraktor (orang parti) mendapat bayaran segera – beberapa jam dan hari sahaja selepas projek siap - supaya sempat dibelanjakan semasa kempen pilihanraya.
Dana mesti dimasukkan ke dalam saku ketua-ketua cawangan dan bahagian. Kalau tidak mereka tidak akan mampu menggerakkan jentera pilihanraya. Pemacak bendera, pemasang poster dan semua pekerja pilihanraya kena dibayar. Pengundi luar yang hendak balik kampung perlu diberi alaun. Kalau dana tidak ada dalam saku, macetlah jentera. Takkan ketua cawangan dan bahagian hendak mengeluarkan duit sendiri. Menteri-menteri pun tidak pernah mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai pilihanraya, takkanlah ketua cawangan dan bahagian hendak berbuat begitu.

Berdasarkan pengumuman awal pihak berkuasa dan analisis yang dibuat ahli ekonomi, pengarang cuba mengintai perkara-perkara yang besar kemungkinannya dimuatkan di dalam Belanjawan 2012.

Sudah ada pengumuman awal bahawa belanjawan 2012 akan mengandungi langkah-langkah meringankan beban kos hidup rakyat menyedari bahawa kajian pelbagai pihak menunjukkan inilah isu utama dalam PRU13 ini. Pakatan Rakyat telah mengemukakan pelbagai langkah untuk meringankan beban kos hidup yang meningkat ke atas rakyat terbanyak. Sudah tentu kerajaan UMNO-BN mahu mengemukakan satu “versi tawaran yang lebih menarik” bagi menyaingi tawaran-tawaran PR itu.
Mengurangkan kos sara hidup bermakna mengurangkan kos butir-butir utama dalam perbelanjaan isirumah yang terdiri dari belanja perumahan (sewa atau ansuran bulanan rumah), ansuran bulan kereta (atau tambang bulanan perkhidmatan pengangkutan), belanja makan minum (belanja dapur), minyak kenderaan dan belanja makan di luar rumah dan belanja penjagaan dan pendidikan anak-anak. Tetapi, perbelanjaan surirumah juga merangkumi perbelanjaan pelbagai yang lain seperti pakaian, hiburan, perubatan, membayar hutang, membaik pulih kereta, membaik pulih rumah, sumbangan kepada ibu-bapa yang tua, tabungan, belanja menyambut pelbagai perayaan dan lain-lain perbelanjaan luar jangka.

Secara umumnya, sesebuah isirumah bersaiz sederhana (terdiri dari bapa, ibu dan empat orang anak) perlu beberlanja seperti berikut: Rumah (sewa atau ansuran bulanan) – RM800 sebulan, kenderaan (sewa beli atau tambang kenderaan) – RM400 sebulan, minyak kenderaan – RM100 sebulan, belanja dapur – RM250 sebulan, makan di luar rumah – RM100 sebulan dan belanja pendidikan anak-anak – RM200 sebulan. Belanja di atas butiran-butiran utama ini sudah berjumlah RM1,850. Kalau ini dicampur dengan perbelanjaan pelbagai yang dianggarkan kira-kira RM400 sebulan, maka sebuah isirumah yang bersaiz sederhana memerlukan pendapatan bawabalik ke rumah (take-home pay) tidak kurang dari RM2,250 sebulan untuk menikamati taraf hidup yang asasi dalam dunia yang serba moden ini. Oleh kerana masih ramai rakyat Malaysia berpendapatan RM1,500 dan ke bawah sebulan, sesuatu memang perlu dilakukan untuk membolehkan segolongan besar rakyat Malaysia memenuhi tuntutan hidup yang asasi ini. Tentunya, hidup secara mewah diluar jangkauan golongan ini.

Ada dua kaedah yang boleh dilaksanakan untuk meringankan beban kos hidup. Pertama, mengurangkan kos butiran-butiran utama perbelanjaan supaya kuasa beli setiap ringgit pendapatan akan meningkat dan yang kedua, menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) bulanan, iaitu, menambahkan wang dalam saku rakyat supaya dalam keadaan harga yang stabil dan terkawal, kuasa beli akan meningkat. Berasaskan kepada dua keadah ini, maka boleh diramalkan bahawa Belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan akan, di antaranya, mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Menambahkan subsidi ke atas barangan keperluan seperti petrol, gula, tepung, beras dan minyak masak, diperkasakan dengan penguatkuasaan kawalan harga barangan dan langkah-langkah membendung inflasi. Tidak bijak namanya untuk membiarkan rakyat membayar harga pasaran yang tinggi bila harga itu ditentukan secara tidak adil oleh pemanupulasi pasaran atau pembekal monopoli. Harga petrol di stesyen pam minyak mungkin dikurangkan 10 sen lagi. Harga lain-lain barangan keperluan asasi akan dikurangkan, mungkin sebanyak 5-10 sen lagi. Atau, mungkin juga kerajaan akan memperkenalkan “food stamps” sebagaimana yang diamalkan di Amerika dan lain-lain negara maju dan memberi “cash vouchers” untuk meringankan beban kos utiliti (letrik dan air) bagi golongan rakyat berpendaptan rendah. Ini pasti menambahkan beban fiskal kerajaan tetapi dalam usaha untuk memancing undi, disiplin fiskal duduk belakang. Harus disedari bahawa sebarang langkah untuk meringan kos hidup rakyat terbanyak yang gagal mengambilkira butiran-butiran utama perbelanjaan tidak akan berkesan.

2. Mengurangkan bayaran tol sebanyak 5-10% kerana ini akan mengurangkan kos pengangkutan. Langkah ini mampu dilaksanakan memandangkan keuntungan tinggi yang dikecap pemegang-pemegang konsesi lebuhraya di negara ini. Memang ada bantahan rakyat terhadap kenaikan bayaran tol. Kerajaan dirasa akan tunduk kepada asakan-asakan rakyat. Langkah ini mungkin diperkuatkan dengan meluaskan lagi sistem pengangkutan awam dengan memberi bantuan kewangan kepada syarikat pengangkutan awam (milik kerajaan mahu pun swasta) untuk meningkatkan operasi masing-masing.

3. Memotong lagi cukai pendapatan perseorangan (personel income tax) supaya ia selaras dengan kadar cukai korporat (sekarang ini 25% sedangkan cukai pendapatan persorangan 26% bagi jeda pendapatan yang tertinggi). Kerajaan juga mungkin mengurangkan pelbagai jenis cukai yang lain, memberi pengecualian cukai (tax waiver) dan rebat (rebate). Sementara itu, “sin tax” (cukai minuman keras, rokok dan seumpamanya) dan cukai eksais dan cukai jalan ke atas kereta mewah berkapasiti tinggi (2500 cc ke atas) mungkin dinaikkan. Dikira wajar, kalau cukai eksais bagi kereta berkapasiti rendah diturunkan sebagai langkah meringankan beban kenaikan kos pengangkutan bagi berjuta-juta pemilik kereta. Walaupun ada desakan dari Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) supaya Malaysia melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Belanjawan 2012 tidak akan mempekenalkan cukai ini memandangkan ianya masih belum popular di kalangan rakyat.

4. Kakitangan awam dan pesara kerajaan yang masing-masing berjumlah 1,000,000 dan 550,000 orang mungkin menerima durian runtuh sekali lagi seperti yang mereka terima dalam Belanjawan 2007 yang lalu. Dalam tahun 2007, kakitangan kerajaan dalam kategori pengurusan kanan menerima kenaikan gaji sebanyak 7.5% dan kakitangan sokongan Kategori Dua 35%. Anggota polis dan tentera pula menerima kenaikan gaji sebanyak 20%. Berkemungkinan besar tawaran yang sama akan diberikan kepada kakitangan sektor awam, mungkin quantumnya saja yang berbeza. Kerajaan juga mungkin memperkenalkan bonus - satu atau dua bulan gaji - kepada kakitangan awam, dibayar pada hujung tahun 2011 atau awal tahun 2012. Harus diingat bahawa struktur gaji kakitangan sektor awam masih relatif rendah berbanding struktur gaji sektor swasta. Sekiranya, struktur gaji sektor awam tidak ditingkatkan dari masa ke semasa selaras dengan peningkatan struktur gaji sektor swasta mulai sekarang sehingga menjelang tahun 2020 nanti, maka visi untuk Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi akan terjejas memandangkan sektor awam menyumbang sehingga 20-30% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

5. Ditelah bahawa kerajaan tidak akan bersegera melaksanakan sistem upah minimum seperti yang diamalkan oleh tidak kurang dari 140 buah negara di dunia kecuali mengumumkan pelbagai “stalling mechanism” untuk meredakan tekanan dari pekerja. Pertama, kerana sikap kerajaan yang amat mesra pemodal (employer friendly). Kedua, kerana kerajaan masih memiliki kuasa kuku besi ke atas pekerja melalui penguasai proksi-proksi kerjaaan dalam kesatuan sekerja. Ketiga, masih tersedia dengan banyaknya buruh import yang sedia menerima gaji murah di bawah upah pasaran.

6. Kemelut ekonomi yang dijangka menimpa dunia dalam tahun 2012 akan menyebabkan permintaan luaran (external demand) bagi barangan Malaysia jatuh lalu menjejaskan permintaan dalam negeri. Justeru, langkah-langkah bagi meningkatkan permintaan dalam negeri (domestic demand) perlu dilaksanakan. Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk merangsangkan permintaan dalam negeri termasuklah mengurangkan caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (EPF) dari 11% sekarang ke 9%. Ahli ekonomi menganggarkan langkah ini mampu menyuntik dana sebesar RM700 - 800 juta setahun ke dalam saku rakyat. Namum, jika inflasi gagal dikawal, kuasa beli rakyat akan terus terhakis dan rakyat terus menanggung kos sara hidup yang kekal tinggi. Langkah-langkah lain termasuklah meningkatkan perbelanjaan ke atas infrastruktur dan merangsangkan pertumbukan sektor pembinaan kerana pertumbuhan sektor ini mampu membawa kesan “multiplier effect” yang tinggi ke atas penggunaaan dalam negeri. Biasanya, projek infrastruktur dianugerahkan kepada kroni yang akan memberi sumbangan dana pilihanraya. Projek infrastuktur kecil pula bertujuan memenangi hati budi pengundi luar bandar (kampung tradisi) dan bandar kecil dan menyuntik dana kepada jentera pilihan raya.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, pertumbuhan hasil cukai terencat, kekal pada sekitar RM150-160 bilion. Dengan kelembapan ekonomi, dijangka hasil cukai tidak akan bertambah dengan ketara. Juga, pergantungan yang semakin besar ke atas sumber hasil dari sektor petroleum dan gas boleh menyebabkan kedudukan hasil cukai menjadi tidak menentu kerana sektor ini amat terdedah kepada turun naik ekonomi dunia. Oleh itu dijangka, dengan pertambahan perbelanjaan yang ketara, iatu, 15-20% lebih tinggi berbanding tahun 2011, defisit belanjawan akan terus melebar dalam tahun 2012. Sepatutnya, dalam tahun-tahun ekonomi berkembang, di sana ada lebihan belanjawan agar lebihan yang terlonggok yang boleh digunakan dalam masa ekonomi meleset. Displin fiskal nampaknya tidak wujud di dalam kepala pemimpin kerajaan.

Subang Jaya
2 Oktober 2011
Belanjawan 2011